Pada 23 Oktober 2019 PSSLM Pulau Pinang Telah Di Jemput Untuk Mengadakan Persembahan Silat Di Majlis Kesedaran Seni Mempertahankan Diri Anjuran Persatuan Penduduk KUARTERS SENTOSA, HOSPITAL PULAU PINANG. Turut Hadir Pada Majlis Ini Ialah Pengarah Hospital Pulau Pinang Dan Pengerusi Persatuan Penduduk Kuarters Sentosa.

PSSLM Pulau Pinang Telah Diwakili Oleh Tuan Pengerusi PSSLM Pulau Pinang Iaitu Tn Haji Muhammad Famizi Bin Hussain Serta Jurulatih Dan Ahli-Ahli PSSLM Dari Gelanggang Juru. PSSLM Pulau Pinang Telah Mempersembahkan Tari Seni Silat, Tumbukan Asas Dan Persembahan Regu Bersenjata Yang Mana Persembahan-Persembahan Ini Telah Mendapat Tepukan Yang Gemuruh Daripada Penonton-Penonton Yang Hadir. Terima Kasih Dan Tahniah Kepada Ahli-Ahli Lincah Yang Terlibat