Pada 21hb. Disember 2019 PSSLM Pulau Pinang Telah Mengadakan Pertandingan Memanah Siri Ke 2/2019 Yang Berlanggung Di Gelanggang PSSLM Pulau Pinang Desa Murni. Pertandingan Ini Telah Dimulakan Pada Jam 8.30 Pagi Dan Disertai Hampir Seramai 40 Orang Ahli-Ahli Dari Gelangggang-Gelanggang PSSLM Dalam Negeri Pulau Pinang. Beberapa Kategori Telah Dipertandingkan Melibatkan Kategori Kanak-Kanak Sehingga Dewasa.

Tahniah Kepada Pemenang-Pemenang Dan Bagi Yang Tidak Berjaya Teruskan Berusaha Dalam Mempersiapkan Diri Untuk Pertandingan Yang Akan Diadakan Lagi Nanti. Syabas Dan Tahniah Juga Kepada PSSLM Gelanggang Desa Murni Dibawah Pimpinan Cikgu Megat Ahmad Syukri Yang Telah Berjaya Menganjurkan Dan Menjadi Gelanggang Tuan Rumah Bagi Pertandingan Ini.

Terima Kasih Diucapkan Kepada Cikgu Mohd Faizal Bin Abd. Karim Selaku Naib Presiden PSSLM Yang Telah Sudi Hadir Dan Seterusnya Menyampaikan Hadiah Kepada Pemenang-Pemenang. Tidak Lupa Juga Ucapan Terima Kasih Kepada Jurulatih-Jurulatih Yang Telah Hadir Bersama-Sama Anak Murid Masing-Masing Dalam Bagi Menjayakan Pertandingan Kali Ini, Cikgu Din (Permatang Damar Laut), Cikgu Zul (Permatang Pauh), Cikgu Apis, Cikgu Uda Dan Cikgu Amy (Juru) serta lain-lain jurulatih yang hadir.

Syabas Dan Tahniah Buat Semua

#SemangatJebatAmalanLincah