Pada 09 September 2019 (07.30 Pagi - 08.30 Pagi) PSSLM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PDRM IPD SPU telah menganjurkan latihan Senam Silat Siri 3 kepada Pegawai & Anggota PDRM IPD SPU. Latihan ini telah dibimbing oleh 2 orang Jurulatih Muda PSSLM iaitu Cikgu Hafiz dan Cikgu Uda

Melalui latihan ini Pegawai dan anggota yang terlibat dapat menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ilmu persilatan disamping ilmu mempertahankan diri yang telah sedia ada dan dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari ketika kecemasan saat berhadapan dengan ancaman musuh. Selain itu juga melalui latihan ini ianya akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga IPD SPU dan PSSLM. Terima kasih dan tahniah Kepada semua yang telah terlibat di dalam program ini.