Pertandingan Silat Seni PSSLM Negeri Pulau Pinang 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Oktober 2025, bertempat di Dewan SK Juru, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Majlis penyempurnaan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abdul Aziz Shik Ahmad, selaku Pengerusi PSSLM Negeri Pulau Pinang.

Alhamdulillah, pertandingan kali ini berjaya menghimpunkan 9 gelanggang dari seluruh Negeri Pulau Pinang, memperlihatkan semangat kesenian, disiplin dan kehebatan para pesilat muda.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Guru Besar SK Juru, Tuan Amlee bin Kamarudin, Pengerusi PIBG SK Juru, Tuan Wahid bin Othman, para jurulatih-jurulatih PSSLMPP, serta semua anak-anak Lincah Pulau Pinang yang turut serta menjayakan program ini.

Pertandingan ini merupakan penganjuran kali ketiga, selepas kali pertama dianjurkan di SK Seberang Jaya 2 dan kali kedua di Aeon Mall Alma.

Insya-Allah, PSSLMPP merancang untuk menganjurkan Pertandingan Silat Seni Lincah kali ke-4 dalam skala yang lebih besar dan berimpak tinggi.

Terima kasih kepada semua yang menyokong, hadir dan memberi komitmen. Semoga usaha memartabatkan seni warisan bangsa ini terus berkembang dan diberkati.