Pertandingan Silat Seni dan Olahraga Peringkat Pemilihan SUKMA dan Kebangsaan Pulau Pinang 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 5 hingga 7 September 2025 bertempat di Kompleks Silat Batu Uban. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persekutuan Silat Negeri Pulau Pinang (PESIPP) dan disertai oleh pelbagai pertubuhan dan pasukan yang telah berdaftar dengan PESIPP.
Pertubuhan Seni Silat Lincah Pulau Pinang turut mengambil bahagian dengan menghantar seramai 22 orang pesilat dan telah memperolehi pungutan pingat seperti berikut :
Kategori Pemilihan SUKMA
Emas 2
Perak 4
Gangsa 9
Kategori Kebangsaan
Emas 2
Perak 1
Gangsa 1
Jumlah Keseluruhan Pingat
Emas 4
Perak 5
Gangsa 10
Secara keseluruhannya, Pertubuhan Seni Silat Lincah Pulau Pinang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam pertandingan ini. Dengan kutipan sebanyak 19 pingat keseluruhan (4 emas, 5 perak dan 10 gangsa), PSSLPP telah membuktikan tahap kompetensi tinggi dalam kalangan pesilat yang dihantar.
Kejayaan ini turut mencerminkan hasil usaha keras jurulatih, sokongan ibu bapa serta dedikasi para pesilat dalam menjalani latihan intensif sebelum pertandingan.
0 Comments