Pertubuhan Seni Silat Lincah Pulau Pinang (PSSLPP) telah menyertai Pertandingan Olahraga Dini dan Pra Remaja anjuran Persekutuan Silat Negeri Pulau Pinang yang telah berlangsung dari 25 Julai hingga 27 Julai 2025 bertempat di Kompleks Silat Batu Uban, Pulau Pinang.
Seramai 26 orang peserta telah mewakili PSSLPP dalam pertandingan ini. Keseluruhan prestasi pasukan amat membanggakan apabila berjaya meraih sebanyak 21 pingat, dengan pecahan seperti berikut:
Emas : 3
Perak : 8
Gangsa : 10
Pencapaian ini membuktikan keupayaan dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan peserta muda PSSLPP serta dedikasi jurulatih dan pihak pengurusan. PSSLPP komited untuk terus melahirkan pesilat-pesilat muda yang berpotensi tinggi dalam memperkukuh dan mengharumkan seni silat tanah air.

0 Comments