Pada 09 Julai 2023 Telah Diadakan Latihan Pusat Bagi Pesilat-Pesilat PSSLPP Yang Akan Menyertai Pertandingan Pemilihan Atlet Silat SUKMA 2024 Negeri Pulau Pinang Yang Akan Berlangsung Pada 14 Julai - 16 Julai 2023 Bertempat Di Kompleks Silat Batu Uban Pulau Pinang. Seramai 30 Orang Pesilat Dan 7 Orang Jurulatih PSSLPP Akan Terlibat Pada Pertandingan Ini Nanti.

Pada Latihan Ini Pengerusi PSSLPP YBrs Tuan Zolkifly Md Lazim Telah Hadir Untuk Meninjau Latihan Dan Persiapan Atlet-Atlet PSSLPP. Beliau Telah Memberikan Suntikan Kata-Kata Semangat Dan Nasihat Kepada Pesilat-Pesilat PSSLPP Yang Akan Menyertai Pemilihan Itu Nanti.