Pada 08 Julai 2023 Bertempat Di Padang Dewan Dato Haji Ahmad Badawi Butterworth Telah Diadakan Fiesta Melayu Bagan 2023 Anjuran Pejabat Parlimen Bagan Bersama Persatuan Sahabat Belia.

Pelbagai Aktiviti Telah Diadakan Seperti Gerai Jualan, Acara Memanah, Persembahan Kebudayaan, Motor Show Dan Lain-Lain Lagi. Fiesta Ini Telah Dirasmikan Oleh Ahli Parlimen Bagan Iaitu YB Tuan Lim Guan Eng.

PSSLPP Telah Dijemput Untuk Mengadakan Persembahan Pada Fiesta Tersebut. Walau Pun Didalam Keadaan Hujan Yang Lebat PSSLPP Dengan Kehadiran Keahlian Seramai 20 Orang Telah Mempamirkan Aksi Lincah Dan Tangkas Merangkumi Persembahan Pergerakan Asas, Buah Pukulan Serta Regu Tempur Tangan Kosong Dan Senjata. Persembahan Ini Telah Mendapat Tepukan Gemuruh Daripada Pengunjung-Pengunjung Yang Hadir.