Pada 01/02/2020 PSSLM Pulau Pinang Telah Dijemput Oleh Pihak AJk Kg Guar Kepayang Sungai Dua Untuk Mengadakan Persembahan Silat Dihadapan Yang Berbahagia Dato' Sr Haji Rozali bin Haji Mohamud Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai Bersemperna Dengan Program Kampungku ECO Friendly 2020.

Seramai 25 Orang Ahli PSSLM Pulau Pinang Telah Terlibat Dalam Persembahan Ini Yang Merangkumi Persembahan Pertunjukkan Asas Dan Regu Senjata. Persembahan Ini Telah Mendapat Tepukan Yang Gemuruh Daripada Penonton Yang Hadir.

Alhamdulillah Setelah Selesai Persembahan, Pihak Ajk Kg Guar Kepayang Telah Berjumpa Dengan Pihak PSSLM Pulau Pinang Dan Menyatakan Hasrat Mereka Untuk Menubuhkan Gelanggang Silat Lincah Di Kawasan Kg Guar Kepayang.

Terima Kasih Kepada Jurulatih Yang Hadir Dan Menjayakan Program Ini Iaitu Cikgu Megat, Cikgu Khairul, Cikgu Apis Dan Ahli Ahli Lincah Daripada Gelanggang Juru, Desa Murni dan Bertam Putra Seksyen 6.