Alhamdulillah Pada 2 Mei 2019 PSSLM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PDRM IPD SPU telah menganjurkan latihan Senam Silat kepada Pegawai & Anggota PDRM IPD SPU. Latihan Siri 1 ini telah melibatkan :-

Kehadiran PDRM :-
  • ASP Mohd Noor Azman Bin Md. Safar BSJD SPU ( Pegawai Penyelaras Program Senam Tempur SPU )
  • 10 Pegawai Kanan, 76 Anggota Pangkat Rendah dan 3 Pegawai Awam IPD SPU
Kehadiran dari PSSLM Negeri Pulau Pinang :-
  • Paduka Guru Tuan Hj Bakar bin Noor
  • Cikgu Mohd Faizal bin Abd. Karim (Ahli Majlis Tertinggi PSSLM)
  • Cikgu Kassim Bin Abdullah (Ketua Jurulatih kanan PSSLM Negeri Pulau Pinang)
  • Haji Muhammad Famizi bin Haji Hussain (Pengerusi PSSLM Negeri Pulau Pinang)
  • Cikgu Hafiz, Cikgu Uda & Cikgu Amy (Jurulatih Muda PSSLM Negeri Pulau Pinang)

Melalui latihan ini Pegawai dan anggota yang terlibat dapat menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ilmu persilatan disamping ilmu mempertahankan diri yang telah sedia ada dan dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari ketika kecemasan saat berhadapan dengan ancaman musuh. Selain itu juga melalui latihan ini ianya akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga IPD SPU dan PSSLM.

Bagi Pihak PSSLM Negeri Pulau Pinang kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Polis Diraja Malaysia Daerah SPU khususnya kepada YDH ACP Tuan Hj Noorzainy bin Hj Mohd Noor kerana telah memberi peluang kepada Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Negeri Pulau Pinang untuk menjalankan aktiviti senam silat kepada warga PDRM Daerah SPU Insyallah Latihan Senam Silat ini akan menjadi latihan Bulanan Warga PDRM Daerah SPU