Pada 04 Mei 2019 Bertempat Di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO) Batu Caves Selangor Darul Ehsan, Telah Berlangsungnya Satu Upacara Bersejarah Bagi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Iaitu “Majlis Pertabalan Mahaguru Muda”. Pada Majlis Ini YB Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin Telah Pun Ditabalkan Secara Rasmi Menjadi Mahaguru Muda Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Upacara Ini Telah Dizahirkan Oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Abbas, Ulul Amri 1 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Dan Turut Disaksikan Oleh Yang Berbahagia Tun Haji Abdullah Bin Dato' Hj. Ahmad Badawi Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5 Selaku Ulul Amri 2 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Majlis Ini Juga Telah Dihadiri Oleh Presiden PESAKA MALAYSIA Tan Sri Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Dan Beberapa Orang Guru-Guru Utama & Guru-Guru Kanan Pertubuhan Silat Yang Berada Dalam PESAKA Malaysia Serta Ahli-Ahli Silat Lincah Di Seluruh Malaysia. Pada Majlis Ini Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Negeri Pulau Pinang Telah Hadir Dengan Keahlian Seramai 85 Orang.

Pada 04 Mei 2019 Juga, Pada Sebelahnya Petangnya Telah Diadakan Mesyuarat Agong Kali Ke 33 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Dan Mesyuarat Sektor Kejurulatihan. Pada Mesyuarat Ini Beberapa Orang Jurulatih Dari Negeri Pulau Pinang Telah Dilantik Dan Diberikan Amanah Untuk Beberapa Jawatan Dalam Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Jurulatih-Jurulatih Tersebut Ialah :-
  • Cikgu Haji Muhammad Fairus Bin Hussain - Presiden PSSLM
  • Cikgu Mohd Faizal Bin Abdul Karim - Naib Presiden PSSLM & Ahli Majlis Tertinggi
  • Cikgu Kassim Bin Abdullah - Timbalan Ketua Jurulatih Kanan Malaysia (Zon Utara)
  • Cikgu Anwat Khan Bin Ali Ashgar Khan - Ahli Majlis Tertinggi & Ketua Jurulatih Kanan Sabah
  • Cikgu Haji Mohd Shafiee Bin Haji Mohd Saad - Ketua Sektor Displin
  • Cikgu Pendekar Mohd Fauzi Bin Khalid - Ketua Sektor Silat Olahraga
  • Cikgu Mohd Rafee Bin Majid - AJK Sektor Pentadbiran
  • Cikgu Haji Muhammad Faris Bin Hussain - AJK Sektor Pentadbiran
  • Cikgu Megat Syukri Bin Aman - Timbalan Ketua Jurulatih Kanan Negeri Pulau Pinang
  • Cikgu ASP Mohd Noor Azman Bin Hj Md Safar - Naib Ketua Jurulatih Kanan Negeri Pulau Pinang
Tahniah Kepada Semua Yang Telah Dilantik, Semoga Dapat Menjalankan Amanah Dan Tugas Yang Diberikan Dengan Penuh Dedikasi Dan Bertanggungjawab Insyallah Amin