PSSLM Negeri Pulau Pinang telah diberikan tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Perjumpaan YB. Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin Mahaguru Muda Merangkap Pengerusi Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dengan Sektor Kejurulatihan Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Majlis ini telah diadakan pada 15 April 2019, jam 09.00 malam bertempat di Restoran Route 69 Bandar Perda. Pada perjumpaan ini hampir 100 orang jurulatih terdiri daripada jurulatih-jurulatih baru dan lama (keahlian melebihi 40 tahun) telah hadir dan mengambil peluang untuk berjumpa dan beramah bersama-sama dengan YB. Senator Datuk Mahaguru Muda. Pada perjumpaan ini YB. Senator Datuk Mahaguru Muda telah memberi mandat dan saranan kepada jurulatih-jurulatih yang hadir terutamanya kepada jurulatih-jurulatih muda untuk sentiasa aktif dalam mengembangkan PSSLM dengan membuka lebih banyak gelangggang-gelangggang Silat Lincah. Beliau menyatakan bahawa jurulatih-jurulatih harus memikul tanggungjawab dalam membentuk generasi muda sedia ada untuk menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Menurut beliau melalui latihan silat yang diberikan kepada anak-anak muda akan dapat mengelakkan diri mereka daripada terjerumus kepada anasir-anasir tidak sihat, ini adalah kerana silat mengajar pengamalnya menjadi sorang yang displin serta taat kepada ibubapa dan mempunyai jati diri yang tinggi. Beliau juga menyatakan perasaan bangga kerana melihat anak-anak Lincah semua tidak berpecah dan tetap bersatu di bawah payung dan nama Pertubuhan yang satu iaitu Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.