Pada 15 April 2019 Ahli Majlis Tertinggi PSSLM bersama dengan PSSLM Negeri Pulau Pinang telah melakukan Kunjungan Hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Kunjungan Hormat ini telah diketuai oleh YB. Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin Mahaguru Muda Merangkap Pengerusi Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Pada Kunjungan Hormat ini YB. Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain telah menyampaikan laporan berkenaan akviti-aktiviti PSSLM yang telah dijalankan dan akan dijalankan kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang selaku Ulul Amri (I) PSSLM . Antaranya ialah menjemput Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang untuk merasmikan Mesyuarat Agong PSSLM yang akan diadakan pada 4 Mei 2019 bertempat di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin Batu Caves Selangor dan berkenaan 2 orang ahli PSSLM yang telah berlepas ke Korea Selatan dan akan berada selama 3 bulan di sana bagi membuka gelanggang PSSLM atas jemputan daripada kerajaan Korea Selatan. Pada Kunjungan Hormat ini juga satu Majlis Penyerahan Selendang Kehormat PSSLM telah disampaikan kepada Penasihat (I) PSSLM Negeri Pulau Pinang iaitu YDH ACP Haji Norzainy bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).