1,707 Terima Darjah Persekutuan

KUALA LUMPUR 3 Jun - Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Ayub hari ini mengetuai senarai 1,707 penerima anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Abdullah, yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Malaysia, dikurniakan Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) yang membawa gelaran Tun.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 1979.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd. Salleh dikurniakan Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.

Tiga puluh tujuh individu lain turut dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang juga membawa gelaran Tan Sri.

Antara mereka ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdull Hamid Embong; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Mohd. Radzi Abdul Rahman; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail; Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Ghauth Jasmon.

Pengasas Merdeka Studios, Datuk Lakshmanan Krishnan; Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Mohd. Zaman Khan @ Hassan Rahim Khan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Seri Anthony Francis Fernandes; bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B), Datuk Seri Abdul Hamid Ngah@ Zainal Abidin, [b]MAHAGURU/ PENGASAS PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA (PSSLM), DATUK OMAR DIN MAUJU[/b], Pengerusi, Syarikat Jendela Hikmat Sdn. Bhd., Jen. (B) Datuk Seri Che Md Noor Mat Arshad, Pengerusi South East Asia Welfare and Education Foundation (SEAWEED), Lt. Jen. (B) Datuk Wan Abu Bakar Omar juga menerima PSM.

Sementara itu, sembilan individu dikurniakan Darjah Panglima Setia Di-Raja (PSD) yang membawa gelaran Datuk. Antaranya ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Mohd. Zuki Ali; Pengarah Eksekutif Melati Ehsan Holdings Berhad, Tan Hong Hing@ Tan Eng Hing dan Juruiring Tentera Udara kepada Yang di-Pertuan Agong, Brig. Jen. Zaharin Ahmad dan Wakil Pengurusan Badal Haji, Korban dan Aqiqah Al-Musa Agensi (Pengurus), Shaikh Abdul Halim Shaikh Salah Marie AlKathiri.

Seramai 67 orang lagi dikurniakan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk. Mereka termasuk Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Majid Tun Hamzah; Profesor Kanan Patologi Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr. Looi Lai Meng; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara, Dr. Abdul Shariff Hamid; ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Rajagobal Krishnasamy dan legenda bola sepak negara, mendiang R. Arumugam

Pendaki Gunung Everest, Datuk Mohanadas Nagappan; pendaki Gunung Everest, Datuk Magendran Munisamy; Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt. Jen. Datuk Pahlawan Zulkifli Zainal Abidin; Naib Ketua Wanita UMNO Pusat, Kamilia Datuk Ibrahim dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak, John Sikie Tayai juga dikurniakan PJN.

Tiga warganegara asing yang dikurniakan PJN ialah Pengasas/Pengerusi Ghanim bin Saad Alsaad & Sons Group (GSSG), Qatar Ghanim Saad M Alsaad Al-Kuwari; Penasihat Kanan dan Naib Pengerusi Qatari Diar, Doha, Qatar Ikbal Abouelkacem Abbassi dan Konsul Kehormat Malaysia di Adelaide, Australia Selatan, Hassan Salleh; Pengarah Urusan Gapurna Sdn. Bhd., Datuk Mohamad Salim Fateh Din dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. — Bernama