Pada 21 Februari 2026 bersamaan 3 Ramadan, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena sambutan Ramadan serta memperingati kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Tan Sri Hj Omardin Mauju, Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).
Majlis tahunan ini dianjurkan oleh Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin bersama keluarga sebagai tanda penghormatan dan mengenang jasa Allahyarham, di samping memperingati ahli keluarga, guru-guru PSSLM serta seluruh muslimin dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah.
Selain mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, penganjuran majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan ahli serta memperkukuh semangat persaudaraan.
PSSLM Negeri Pulau Pinang juga telah hadir bagi memeriahkan dan bersama-sama menyantuni majlis penuh bermakna ini.
Semoga segala amalan dan doa yang dipanjatkan diterima Allah SWT serta roh-roh yang dirahmati ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.


0 Comments