Pada 30 Januari 2025, Pertubuhan Seni Silat Lincah Pulau Pinang telah dijemput untuk mengadakan persembahan silat di Pentas Utama, Tapak Pesta Pulau Pinang. Persembahan bertujuan untuk memperkenalkan seni bela diri silat kepada orang ramai serta mempromosikan kebudayaan tempatan. Sebanyak 30 orang pesilat daripada Pertubuhan Seni Silat Lincah Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam persembahan yang merangkumi pelbagai corak persembahan seperti gerakan asas, buah pukulan, tari seni silat serta tempur regu tangan kosong, regu senjata rotan, parang dan keris. Tahniah kepada semua jurulatih dan anak-anak Lincah yang terlibat dalam persembahan ini
Sumber Gambar : https://www.facebook.com/PestaPulauPinang/
0 Comments