Pada 07/06/2024 Telah Diadakan Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Baru PSSLPP Cawangan Masjis Pekan Permatang Pauh. Perasmian Pembukaan Gelanggang Ini Telah Disempurnakan Oleh YBrs. Tuan Haji Zolkifle Md Lazim Pengerusi PSSLPP.

Majlis Telah Dimulakan Dengan Ucapan Aluan-Aluan Oleh Pengerusi Masjid Pekan Permatang Pauh Iaitu Ustaz Arif Alwi Suhaimi Arif Dan Seterusnya Ucapan Perasmian Oleh YBrs. Tuan Pengerusi PSSLPP.

Bagi Acara Persembahan Silat Cikgu Megat Syukri Selaku Timbalan Ketua Jurulatih Kanan PSSLPP Telah pun Mempersembahan Tari Bunga Silat Sebagai Acara Pembukaan Gelanggang Dan Susuli Dengan Persembahan Asas Dan Persembahan Regu Tempur Oleh Ahli-Ahli PSSLPP.

Terima Kasih Diucapkan Kepada Barisan AJK Masjid Pekan Permatang Pauh Yang Telah Memberikan Kerjasama Yang Baik Dan Kebenaran Kepada PSSLPP Untuk Membuka Gelanggang Di Kawasan Masjid.

Insyallah Latihan Gelanggang Ini Akan Diadakan Pada Setiap Hari Jumaat Selepas Waktu Isyak