Pada 27/06/2020 beberapa orang barisan jurulatih-juruatih PSSLM Pulau Pinang telah mengadiri ke Majlis Santai Jamuan Makan Bersama YM Datuk Mahaguru Muda PSSLM yang telah diadakan di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin.

Pada Majlis ini juga telah diadakan Solat Isyak berjemaah dan Majlis Tahlil untuk Almarhum Mahaguru dan Almarhumah Wan Zurina.

YM Mahaguru Muda PSSLM Datuk Haji Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin telah menyampaikan ucapan dan amanat agar semua anak-anak Lincah merapatkan ukhwah dan silaturrahim di antara satu sama yang lain. Selain itu juga beliau memaklumkan bahawa Jurulatih-Jurulatih sudah boleh membuka semula latihan gelanggang dengan syarat hendaklah mematuhi SOP kerajaan, KBS dan PESAKA.