Pada tahun 1972 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia telah berjaya mengembangkan sayap dengan membuka gelanggang-gelangang di dalam negeri Pulau Pinang. Jurulatih yang telah diberikan amanah untuk membuka gelangang di dalam negeri Pulau Pinang pada ketika itu ialah Cikgu Zainal Abidin atau pun lebih di kenali dengan panggilan Cikgu Ujang oleh ahli-ahli dan jurulatih Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia..

Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Negeri Pulau Pinang Telah Mencipta Sejarahnya Yang Tersendiri Apabila Satu Majlis Penganugerahan Persalinan Tertinggi Kepada Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Pulau Pinang, Iaitu Tun Dato' Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas Sebagai "ULUL AMRI I" Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Penganugerahan Ini Sekali Gus Menyingkap Sejarah Lalu Bahawa Silat Lincah Pernah Mendapat Perkenan Dan Sokongan Dari Raja-Raja Melayu Seperti KDYMM Sultan Pahang, KDYMM Sultan Kedah, KDYMM Sultan Selangor Dan KDYMM Sultan Perak.

Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Negeri Pulau Pinang Sekali Lagi Mencipta Sejarah Yang Ulung Di Dalam Diarinya Apabila Penganugerahan Tertinggi Yang Diberikan Kepada Pemimpin Negara Iaitu Kepada YAB. Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-5 Yang Merupakan Anak Jati Negeri Pulau Pinang. Anugerah Persalinan Tertinggi Dengan Gelaran "ULUL AMRI II" Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.

Selain Itu Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Pulau Pinang Mendapat Sokongan Padu Dari Semua Bangsa Apabila Penglibatan Orang Bukan Melayu Iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon Bekas Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang Yang Menjadikan Silat Lincah Sebahagian Dari Diri Beliau, Turut Menerima Penganugerah Tertinggi Ini. Maka Lengkaplah Perpaduan Dan Hubungan Erat Yang Menjadi Teras Kepada Pembinaan Perpaduan Yang Telah Terjalin Sekian Lama Di Malaysia Ini.