Pada 18 Disember 2025 Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia Pulau Pinang (PSSLMPP), Yang Berbahagia Dato’ Abdul Aziz, bersama rombongan sektor kejurulatihan dan pentadbiran negeri telah mengadakan lawatan ke kediaman Cikgu Badri bin Yusof bagi menyampaikan sumbangan kerusi roda serta bantuan kewangan.
Cikgu Badri, yang merupakan ahli PSSLMPP Gelanggang Kampung Jawa sejak awal tahun 1990-an, pernah mencatat kejayaan cemerlang dengan memenangi pingat emas dalam Pertandingan Silat Olahraga SUKMA 1998 di Selangor.
Bantuan ini diberikan hasil daripada kutipan sumbangan ikhlas ahli-ahli PSSLMPP, bertujuan meringankan beban keluarga beliau, yang kini menghadapi masalah kesihatan buah pinggang, sekaligus mencerminkan keprihatinan dan solidariti PSSLMPP terhadap ahli yang memerlukan sokongan.
Turut hadir ialah Penasihat, Timbalan Pengerusi, Ketua Jurulatih, Timbalan Kejurulatihan negeri serta Exco Kejurulatihan dan Pentadbiran Negeri.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan kekuatan kepada Cikgu Badri dan keluarganya dalam menghadapi cabaran kesihatan.

0 Comments