Pada 04 hingga 07 Disember 2025, bertempat di Kompleks Silat Batu Uban, Pulau Pinang, Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia Pulau Pinang (PSSLMPP) telah menyertai Pertandingan Pencak Silat Antarabangsa Pesta Pulau Pinang anjuran Persekutuan Silat Negeri Pulau Pinang.

Dalam kejohanan tersebut (acara Silat Tanding), pasukan PSSLMPP telah berjaya memperolehi :

🥇 2 Pingat Emas
🥈 6 Pingat Perak
🥉 6 Pingat Gangsa

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pesilat dan jurulatih atas komitmen, disiplin serta semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Sekalung ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Yang Berbahagia Dato’ Abdul Aziz Siekh Ahmad, Presiden PSSLMPP, atas kesudian menaja makan dan minum para pesilat sepanjang tiga (3) hari pertandingan. Sumbangan dan sokongan yang diberikan amat dihargai dan menjadi pemangkin kejayaan pasukan.