Pada 26 April 2025 bertempat di Flat Taman Bersih Bagan Ajam telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PSSLPP 2025. Mesyuarat Agung ini telah diadakan dengan jayanya mengikut ketetapan dwi-tahunan pertubuhan. Mesyuarat ini merupakan platform penting bagi membentangkan laporan aktiviti, kewangan, serta membincangkan hal-hal berkaitan hala tuju pertubuhan.

Antara agenda utama mesyuarat kali ini ialah pemilihan Ahli Jawatankuasa baharu bagi penggal 2025–2027. Pemilihan telah dijalankan secara demokratik dan berjalan lancar dengan penyertaan aktif daripada ahli-ahli pertubuhan.

Setelah selesainya Mesyuarat Agung PSSLPP 2025, Majlis diteruskan pula dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiri PSSLPP 2025 dengan anjuran bersama Persatuan Penduduk Flat Taman Pantai Bersih, dan Surau Al Qawi. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat dan ahli-ahli PSSLPP sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.