Pada 14/04/2025 barisan kepimpinan PSSLPP di ketuai Pengerusi PSSLPP Tn Hj Zolkiflie Md Lazim telah menziarahi Cikgu Anwar khan Jurulatih Kanan PSSLM yang juga merupakan mantan Setiausaha Agung PESAKA Pulau Pinang sekitar tahun 1990an yang kini sedang menghadapi masalah kesihatan. Cikgu Anwar Khan ini adalah merupakan jurulatih PSSLM dari tahun 1970an dan sehingga kini masih tetap aktif (sebelum masalah kesihatan) menghadiri aktiviti-aktiviti PSSLM.
Selesai menziarahi Cikgu Anwar Khan barisan kepimpinan PSSLPP di ketuai Pengerusi PSSLPP Tn Hj Zolkiflie Md Lazim telah menziarahi pula YBrs. Cikgu Ismail Chik Gurulatih Kanan Seni Silat Pusaka Gayung yang juga merupakan Presiden PESAKA Pulau Pinang yang kini sedang menghadapi masalah kesihatan di kediaman beliau.
Turut hadir bersama pada sesi ziarah ini ialah YBrs Ayahanda Guru Tn Hj A Bakar Md Noor.
PSSLPP mendoakan agar kedua-dua orang guru ini cepat sembuh dan dipermuhdahkan urusan mereka.
0 Comments