Pada 02/10/2022 Bertempat Di Perkarangan Pusat Khidmat Komuniti (PDK) Persiaran Sembilang Seberang Jaya, PSSLMPP Telah Dijemput Untuk Menghadakan Persembahan Silat Besempena Dengan Program "Kenduri Rakyat & Sumbangan Prihatin". Majlis Ini Telah Disempurnakan Oleh YB Dr. Afif Bin Bahardin Adun Kawasan Seberang Jaya.

Dengan Kehadiran Seramai 210 Orang Ahli, PSSLMPP Telah Mempersembahan Persembahan Silat Yang Merangkumi Pergerakan Asas, Bunga Sembah, Permainan Tempur Regu Tangan Kosong & Senjata Serta Permainan Buah Pukulan.

Terima Kasih Kepada Semua Jurulatih Dan Anak-Anak Lincah Yang Telah Terlibat Dalam Menjayakan Majlis Ini