Pada 09/04/2022 Bersamaan 07 Ramadhan 1443H PSSLM Negeri Pulau Pinang Telah Mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bertempat Di Surau Al-Qawi Taman Pantai Bersih Bagan Ajam. Majlis Telah Dimulakan Pada Jam 06.30 Petang Dengan Kehadiran Ahli-Ahli. Turut Hadir Ke Majlis Ini Ialah Cikgu Mohd Faizal Bin Abdul Karim (Naib Presiden PSSLM), Cikgu Kassim Bin Abdullah (Ketua Jurulatih Zon Utara), Cikgu Tn. Haji Famizi (Presiden PSSLM Pulau Pinang) Dan Cikgu ASP Mohd Noor Azman (Timbalan Pengerusi PSSLM Pulau Pinang).

Setelah Selesai Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Mahgrib Berjemaah Semua Ahli-Ahli Telah Diberikan Taklimat Oleh Cikgu ASP Mohd Noor Azman Berkenaan Mandat Yang Telah Disampaikan Oleh YM Datuk Wira Mahaguru Muda PSSLM Kepada Semua Ahli-Ahli PSSLM Semasa Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Untuk Arwah Mahaguru Tan Sri Omardin Pada 05/04/2022 Di KLMO Tempoh Hari.

Pihak PSSLM Negeri Pulau Pinang Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Semua Ahli-Ahli Yang Telah Sudi Meluangkan Masa Hadir Ke Majlis Berbuka Puasa Ini. Tidak Lupa Juga Ucapan Terima Kasih Kepada Cikgu Ehsan Dan Cikgu Mariam Dari PSSLM Negeri Kedah Yang Telah Memenuhi Jemputan Pihak PSSLM Negeri Pulau Pinang Dengan Turut Hadir Ke Majlis Ini