Alhamdulillah Pada 02 Ogos 2019 (07.30 Pagi - 08.30 Pagi) PSSLM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PDRM IPD SPU telah menganjurkan latihan Senam Silat Siri 2 kepada Pegawai & Anggota PDRM IPD SPU.

Melalui latihan ini Pegawai dan anggota yang terlibat dapat menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang ilmu persilatan disamping ilmu mempertahankan diri yang telah sedia ada dan dapat mempraktikan ilmu yang dipelajari ketika kecemasan saat berhadapan dengan ancaman musuh. Selain itu juga melalui latihan ini ianya akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga IPD SPU dan PSSLM.

Bagi Pihak PSSLM Negeri Pulau Pinang kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Polis Diraja Malaysia Daerah SPU khususnya kepada YDH ACP Tuan Hj Noorzainy bin Hj Mohd Noor kerana telah memberi peluang kepada Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Negeri Pulau Pinang untuk menjalankan aktiviti senam silat kepada warga PDRM Daerah SPU.