Bersempena Dengan Bulan Syawal Yang Mulia Ini, Pada 22 Jun 2019 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Negeri Pulau Pinang Dengan Kerjasama Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara Telah Menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019 Bertempat Di Dewan Bunga Raya Ibu Pejabat Polis Kepala Batas. Majlis Ini Telah Dihadiri Oleh YB Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin Mahaguru Muda Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, YDH ACP Haji Norzainy Bin Mohd Noor Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Dan Beberapa Orang Tetamu Jemputan Yang Terdiri Daripada Pemimpin-Pemimpin Tempatan, Pegawai-Pegawai Kanan Dan Anggota-Anggota Pasukan Polis, Jurulatih Kanan – Jurulatih Kanan Dan Ahli-Ahli Silat Lincah Daripada Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah Dan Perak Utara.

Kehadiran Pemimpin Tempatan Dan Penyandang Selendang Kehormat PSSLM
  • YB. Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor (Adun Sungai Dua)
  • Ybhg. Dato' Hajah Jahara Binti Hamid (Penyandang Selendang Kehormat)
  • Ybhg. Encik Abdul Aziz Bin Shik Ahmad (Penyandang Selendang Kehormat)
  • En. Azmi Bin Alang (Penasihat PSSLM Pulau Pinang)

Kehadiran Pasukan Polis
  • Superintendan Siti Nor Salawati Saad (Timbalan Ketua Polis Seberang Perai Utara)
  • Tuan ASP Mohd Noor Azman Bin Safar
  • Pegawai-Pegawai Kanan Dan Anggota-Anggota Pasukan Polis IPD Kepala Batas

Kehadiran Ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia
  • Ayahanda Guru Tn. Haji A.Bakar Md Noor (Penasihat Sektor Kejurulatihan Negeri Pulau Pinang)
  • Cikgu Tn. Haji Muhammad Fairos Bin Hussain (Presiden PSSLM)
  • Cikgu Mohd Faizal Bin Abdul Karim (Naib Presiden PSSLM)
  • Cikgu Kassim Bin Abdullah (Timbalan Ketua Jurulatih Kanan PSSLM Zon Utara)
  • Cikgu Haji Shafiee Bin Haji Saad (Ketua Sektor Displin PSSLM)
  • Cikgu Tn. Haji Muhammad Famizi Bin Hussain (Pengerusi PSSLM Pulau Pinang)
  • Cikgu Megat Ahmad Syukri Bin Aman (Timbalan Ketua Jurulatih Kanan PSSLM Pulau Pinang)
  • Cikgu Ramli Bin Mohamad (Penyandang Selendang Hitam)
  • Cikgu Muhammad Aseri Bin Sudin (Penyandang Selendang Hitam)
  • Cikgu Mohamad Rejab Bin Sheriff (Penyandang Selendang Hitam – Perak Utara)
  • Cikgu Shaffie Omar (Penyandang Selendang Hitam - Kuala Lumpur)
  • Cikgu Azrol Nizam (Penyandang Selendang Hitam - Kuala Lumpur)
  • Cikgu Tn. Haji Nazri Bin A.Bakar (Presiden PSSLM Perak Utara)
  • Cikgu Pendekar Mohd Khir Bin Ismail (Kedah)
  • Cikgu Habib Farizal (Perlis)
  • Jurulatih Kanan – Jurulatih Kanan Dan Ahli-Ahli Silat Lincah Daripada Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah Dan Perak Utara
Majlis Telah Dimulakan Ucapan Aluan-Aluan Yang Disampaikan Oleh Cikgu Tn. Haji Muhammad Famizi Bin Husain Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lincah Pulau Pinang, Di Ikuti Ucapan Daripada YDH ACP Haji Norzainy Bin Mohd Noor Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Dan Di Akhiri Dengan Ucapan YB Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin Mahaguru Muda Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Selepas Selesai Ucapan-Ucapan Tersebut, Pengerusi PSSLM Negeri Pulau Pinang Cikgu Tn. Haji Muhammad Famizi Bin Hussain Melalui YB Senator Datuk Haji Megat Zulkarnain Mahaguru Muda PSSLM Telah Menyampaikan Cenderamata Kepada YDH ACP Haji Norzainy Bin Mohd Noor. Cenderamata Tersebut Berupa Bingkai Gambar Yang Mempunyai Gambar Beliau Semasa Menerima Penganugerahan Selendang Kehormat Daripada Ulul Amri (I) PSSLM Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pada 15 April 2019 Yang Lepas.

Pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilftiri Ini Para Tetamu Dihidangkan Dengan Juadah Makanan Seperti Nasi Hujan Panas Berta Lauk Pauk, Minuman Panas Dan Sejuk Serta Makanan Bertemakan Hari Raya Iaitu Ketupat Dan Lemang. Majlis Turut Diserikan Lagi Dengan Persembahan Alunan Muzik Lagu Hari Raya Secara “Live” Yang Disampaikan Oleh Kumpulan Muzik IPD Kepala Batas.

Bagi Pihak PSSLM Negeri Pulau Pinang, Ucapan Terima Kasih Ingin Diucapkan Kepada Kepada Pihak IPD Kepala Batas Di Atas Kerjasama Baik Yang Telah Diberikan Bagi Menjayakan Majlis Ini. Tidak Lupa Juga Kepada Jurulatih-Jurulatih Dan Ahli-Ahli Silat Lincah Yang Telah Sudi Melapangkan Masa Hadir Ke Majlis Sambutan Aidilftiri 2019 Ini. Maaf Zahir Dan Batin Sekiranya Ada Tersalah Kasar Dan Bahasa Dan Jika Ada Kekurangan Semasa Majlis Ini Dijalankan.

Kalau Ada Jarum Yang Patah
Jangan Disimpan Di Dalam Hati
Kalau Ada Silap Dan Salah
Jangan Disimpan Di Dalam Hati

Lemah Gemalai Tuan Puteri
Berkain Cindai Cantik Sekali
Pohon Kemaafan Di Aidilfitri
Moga Ukhuwah Kekal Abadi

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin