Alhamdulillah pada 04 April 2019 yang lepas PSSLM Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Kunjungan Hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara. Lawatan ini telah di ketuai oleh Guru Tuan Haji A. Bakar Md Noor dan juga beberapa orang jurulatih Kanan PSSLM iaitu Cikgu Mohd Faizal (Ahli Majlis Tertinggi), Cikgu Kassim (Ketua Jurulatih Kanan Negeri), Cikgu Haji Famizi (Pengerusi Negeri) dan juga Cikgu Aswad.

Pihak PSSLM Negeri Pulau Pinang ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YDH ACP Haji Norzainy bin Mohd Noor Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Tuan ASP Mohd Noor Azman kerana telah sudi menerima kunjungan pihak PSSLM Negeri Pulau Pinang.