Alhamdulillah pada 14/10/2018 PSSLM Negeri Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan satu Majlis Perasmian Gelanggang Baharu bertempat di Taman Desa Murni Sungai Dua. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Hj. Marzuki bin Yahya Timbalan Menteri Luar Negeri dan turut dihadiri oleh beberapa orang Tetamu Kehormat iaitu, Yang Berhormat Senator Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin Mahaguru Muda Merangkap Pengerusi Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dan Yang Dihormati ACP Haji Norzainy bin Mohd Noor Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU). Majlis ini telah diserikan dengan persembahan asas, buah pukulan, regu tempur dan aktviti memanah yang melibatkan seramai hampir 150 orang ahli PSSLM Negeri Pulau Pinang.