Alhamdulillah Pada 10/12/2016 Majlis Berlimau PSSLM Negeri Pulau Pinang Telah Berjaya Di Adakan Pada Jam 10.00 Malam  Bertempat Di Dataran Taman Negara Telok Bahang Pulau Pinang. Seramai 137 Orang Ahli Terdiri Daripada Ahli-Ahli Dari Negeri Pulau Pinang, Perak Dan Kedah Telah Turut Serta Didalam Majlis Ini. 

Majlis Dimulakan Dengan Solat Mahgrib / Isyak Dan Bacaan Yassin & Tahlil Untuk Arwah Pakguru Tan Sri Omardin Bin Mauju Dan Seterusnya Ahli-Ahli Memasuki Barisan Bagi Menyambut Ketibaan Tetamu-Tetamu Kehormat Yang Terdiri Daripada Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Mahaguru Muda PSSLM, Presiden PSSLM Pulau Pinang Encik Abdul Aziz Shaikh Ahmad, Wakil Adun Kawasan Telok Bahang, Ketua Pemuda Dan Puteri Telok Bahang, Pengerusi JKKKP Telok Awak, Pengerusi JKKKP Teluk Bahang Dan Ramai Lagi.

Majlis Ini Telah Dirasmikan Oleh YB Dato Seri Dr. Hj. Hilmi Bin Hj. Yahya Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau Dan Seterusnya Majlis Berlimau Telah Dijalankan Oleh YB Datuk Senator Hj. Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin Mahaguru Muda PSSLM Serta Dibantu Oleh Paduka Guru Muda Panglima Khairuddin Bin Hj. Mustapa Dan Tuan Haji Abu Bakar Md Noor.

Pada Majlis Ini Juga Telah Diadakan Kutipan Sumbangan Ikhlas Ahli-Ahli Bagi Disumbangkan Kepada Anak Lincah Dan Bekas Atlet Negara Iaitu Suhardi Chin Yang Sedang Menghidapi Kanser Usus.